Posts

Showing posts from March, 2024

Muka Ruhainies Kena ‘Censored’ Dengan Produk Kecantikan

Image
 Susulan kes berkhalwat melibatkan Aliff Aziz dan Ruhainies baru-baru ini, Produk kecantikan dan kesihatan jenama Kitsui telah memuat naik satu iklan Kitsui Ramadan Greeting dan Kitsui Raya. Iklan produk itu menggabungkan 3 selebriti terkenal iaitu Wany Hasrita, Hisyam Hamid dan Ruhainies. Berhubung isu khalwat melibatkan Ruhainies, Kitsui berharap ia tidak memberikan kesan kepada tayangan iklan mereka kerana rakaman dibuat pada Disember 2023. Justeru itu, Kitsui mengambil keputusan memuat naik iklan produk mereka sambil censored muka Ruhainies serta memohon maaf kepada semua pihak. Situasi ini pasti membuatkan nama Ruhainies akan lebih terjejas walaupun sudah mengeluarkan kenyataan semalam.

“Berterus Teranglah KepadaNya..” – Pesanan Ibu Aliff Aziz

Image
 Semua pasti tahu tentang isu panas yang menimpa Aliff Aziz dan Ruhainies ketika ini. Terbaru, mereka berdua sudahpun mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjelaskan apa yang berlaku pada malam ditangkap khalwat sebelum ini. Apapun, luahan perasaan dan pesanan daripada ibu Aliff iaitu Siti Hafiza Basharahil di Insta Story menarik perhatian kami. Tanpa menyebut nama sesiapa, Hafiza memberikan kata-kata semangat kepada seseorang untuk tidak berputus asa dengan ujian yang menimpa dan kembali berdoa kepada Allah. Hafiza turut percaya apa yang berlaku ada hikmahnya dan berharap dapat membina ikatan semula kepada Allah.

ARTIS Ruhainies Akhirnya Cerita Apa Sebenarnya Terjadi Pada Malam Diserbu Jawi

Image
 Hampir seminggu mendiamkan diri, pelakon Ruhainies akhirnya tampil dengan satu kenyataan rasmi menceritakan apa sebenarnya yang terjadi Sabtu lalu. Katanya, pada malam kejadian dia dan adik beradiknya merancang untuk makan di rumah bersama rakan-rakan yang lain. Memandangkan Aliff juga baru selesai shooting, dia menjemput Aliff turut serta dan pelakon itu bersetuju. Namun, kakaknya iaitu Risteena tersangkut dalam kesesakan lalu lintas ketika dalam perjalanan ke rumahnya. Dia kemudian mengambil keputusan untuk naik ke rumah dahulu meletakkan barang shooting dan sempat berborak dengan Aliff. Tak lama kemudian, pintu rumah diketuk dan Ruhainies takut untuk membuka pintu kerana mendengar suara lelaki. Selepas kakaknya tiba, mereka sudah menjelaskan kepada pihak Jawi. Ruhainies dan Aliff hanya mengikut prosedur yang diminta pihak berkuasa. Ruhainies bagaimanapun mengaku tindakannya berdua-duaan bersama Aliff di dalam rumah adalah salah di sisi agama.Ruhainies mengaku sayangkan persahab...

Tular jual stoking tertera kalimah Allah, KK Super Mart mohon maaf

Image
  SHAH ALAM: Pengendali kedai rangkaian serbaneka, KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) tampil membuat permohonan maaf susulan penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di salah satu cawangannya di Bandar Sunway, Petaling Jaya. KK Super Mart dalam satu kenyataan berkata, tindakan serta-merta telah diambil dengan memberhentikan penjualan stoking tersebut. “Kami kesal dan memandang serius akan perkara ini, untuk makluman, produk ini adalah konsainan daripada pihak vendor. “Kami juga sudah berhubung dengan mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung isu ini. “KK Super Mart juga berterima kasih di atas keprihatinan warga umum yang telah menegur dan memberi komen terhadap isu ini, sekali lagi kami memohon maaf dan akan memastikan ia tidak berlaku lagi,” katanya pada Rabu. Sebelum ini, tular di media sosial tentang kewujudan stoking tertera kalimah Allah yang dijual secara terbuka di rangkaian runcit tersebut. Berikutan itu, pada Rabu, pe...

Peniaga bazar Ramadan melecur, kereta dengan dua kanak-kanak rempuh gerai

Image
  Jelebu: Peniaga bazar Ramadan di Kuala Klawang, di sini, melecur 25 peratus terkena minyak panas yang tertumpah selepas gerainya dirempuh sebuah kereta yang menggelongsor, Selasa lalu. Kejadian pada 5.45 petang itu dipercayai berlaku selepas sebuah kereta yang diletak di hadapan gerai menggelongsor sebelum melanggar gerai milik mangsa berusia 40 tahun berasal dari Nilai. Ketua Polis Daerah Jelebu Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, pelanggaran itu menyebabkan kuali yang dipenuhi minyak panas tertumpah dan terkena mangsa. "Akibatnya, mangsa melecur pada bahagian belakang badan, peha dan betis kaki sebelah kiri. "Ketika kejadian dipercayai terdapat dua kanak-kanak di dalam kereta tanpa pengawasan ibu bapa," katanya dalam kenyataan, hari ini. Maslan berkata, mangsa dihantar ke Hospital Jelebu oleh ambulans sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi hari ini. Katanya, polis masih menyiasat kejadian mengikut Rule 14(1)(A) LN 166/59 (tidak mematikan enjin ...

Anak memang tak tahu pasal kami' - Bella Astillah

Image
  Kuala Lumpur: "Jumaat ini hari jadi saya. Sedih, tapi saya anggap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya," kata pelakon, Bella Astillah, 30, mengenai keputusannya yang nekad untuk bercerai dengan suaminya, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz. Bella atau nama sebenarnya, Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, dia  mengharapkan Aliff dapat berpisah secara baik  dan memperbaiki diri masing-masing ke arah kebaikan. "Saya cuma berharap perkara ini berlalu dengan cepat dan sama-sama menjalani hidup masing-masing. Semoga dengan apa yang terjadi, dapat perbaiki diri masing-masing. Ini juga pesanan untuk diri sendiri juga," katanya kepada Harian Metro. Ditanya mengenai dua anaknya, Bella berkata, mereka tidak tahu mengenai perkara itu. Mereka tidak tahu apa-apa sebab saya selalu bagi alasan ayah mereka kerja dan mereka pun tak main telefon. Ayden bersekolah di sekolah Cina, jadi dia tak dengar apa-apa berita.  "Saya cakap pada Aliff dia sentiasa boleh jumpa anak-anak....